Selasa, 04 Februari 2014

Piya terima lamaran lima pasukan untuk Liga M musim hadapan

25/09/2013 

KOTA BHARU - Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mengesahkan lima pasukan termasuk dua kelab melamar beliau untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mohd Badri, yang lebih mesra disapa Piya, bagaimanapun berkata, beliau enggan membuat keputusan secara terburu-buru kerana khidmatnya selaku pemain tengah, masih diperlukan oleh pasukan The Red Warriors.
"Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya. Bagaimanapun, memandangkan kempen Piala Malaysia masih berlangsung sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini. 

"Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu.
Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kota Baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran produk ’Secretleaf-Men’, yang mana beliau adalah duta jenama tersebut.
Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim. - Bernama

 kosmo.com

0 komentar:

Posting Komentar