Majlis Pernikahan Nurul Wahab Dalam 3 Bahasa
Majlis Nikah Nurul Wahab dalam 3 bahasa! Hanya tinggal dua hari saja lagi penyanyi hitam manis, Nurul Wahab akan menamatkan zaman solonya dengan jejaka Perancis Eric Depp atau nama Islamnya Eric Daniel Depp pada 6 Jun ini.
Lebih istimewa lagi apabila majlis pernikahan itu nanti akan dilangsungkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis sebagai memudahkan pemahaman 200 tetamu yang datang dari pelbagai bangsa pada hari berkenaan.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Nurul Wahab berkata acara pernikahnnya itu nanti akan diacarakan oleh personaliti TV dan penulis lagu, Shah Shamsiri serta teman rapatnya Ieda Moin menggunakan tiga bahasa.
"Shah Shamsiri merupakan kenalan saya dan dia sememangnya fasih dalam bahasa Perancis dan juga Inggeris. Manakala Ieda Moin akan menjadi pengacara bersama Shah Shamsiri menggunakan Bahasa Melayu.
"Shah Shamsiri merupakan kenalan saya dan dia sememangnya fasih dalam bahasa Perancis dan juga Inggeris. Manakala Ieda Moin akan menjadi pengacara bersama Shah Shamsiri menggunakan Bahasa Melayu.
"Daripada apa yang saya dengar dari Shah Shamsiri, inilah pertama kali majlis perkahwinan selebriti tempatan yang menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis dalam satu masa," katanya cukup teruja.
Bakal diijab kabulkan sekitar jam 10.30 pagi di Dutches Place, Jalan Ampang, Nurul Wahab berkata perasaannya kini bercampur gembira dan gementar untuk menanti hari bahagia berkenaan, apatah lagi mahu memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Katanya, ibu bapa bakal suaminya telahpun sampai dari Perancis pada 25 Mei lalu. Begitu juga anaknya Ayu Nazirah, 14 yang juga telah menemani Nurul Wahab bagi membuat persiapan bersama-sama sejak bermulanya cuti sekolah.
"Kalau nak diikutkan memang banyak benda yang sedang bermain di fikiran saya sekarang ini. Tapi apa yang saya harapkan agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. InsyaAllah.
"Lebih mengujakan apabila saya ingin melihat dan mengalami sendiri saat-saat istimewa bagaimana anak saya, Ayu Nazirah akan berjalan menemani saya sehingga ke dewan nikah nanti. Pastinya sesuatu yang cukup indah.
"Manaka bakal suami saya pula akan dipimpin oleh kedua ibu bapanya memasuki dewan nikah. Itulah perancangannya," kata Nurul yang bakal menyarungkan persalinan indah rekaan Rizman Ruzaini, manakala bakal suami akan menggayakan sut rekaan Bon Zainal.
Sementara itu Nurul Wahab juga meminta maaf kepada beberapa pihak media dan diharap tidak berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis nikahnya itu nanti kerana kapasiti lokasi yang kecil dan khusus untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Bagaimanapaun kata Nurul Wahab, pihaknya berbesar hati akan berkongsi potret majlis pernikahnnya itu nanti bersama-sama pihak media sehari selepas majlis berlangsung.
Semoga peminat dan pihak media dapat mendoakan kebahagiaan buat Nurul Wahab dan Eric Depp. [sumber]
0 komentar:
Posting Komentar